arrow-upaarrow-down  w3c|sitemap|help 

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial menawarkan kursus-kursus yang dinamik dimana pelajar-pelajar dapat mengikuti beberapa program yang cemerlang dalam bidang pendidikan samada peringkat sijil, pra-siswazah, dan pengajian pasca-siswazah. Dalam proses meningkatkan perkembangan profesional seseorang guru, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial menekankan pengamalan keseimbangan antara pelbagai aspek-aspek perkembangan individu dan masyarakat. Kepada bakal-bakal warga pendidik, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial adalah menjadi suatu tempat yang sesuai untuk memulakan kerjaya mereka sebagai seorang pendidik. Di samping itu, sekolah ini sedaya upaya membekalkan pengetahuan dan pengalaman bagi meningkatkan taraf profesion perguruan.
 
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial telah ditubuhkan sebagai salah satu sekolah akademik di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1995. Ia mula beroperasi di Kampus Sementara Jalan Tuaran dengan empat orang tenaga pengajar. Kumpulan pertama terdiri daripada 19 orang pelajar Program Sarjana Muda Pendidikan (ambilan 1995/96). Kini Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial telah menawarkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dan Kedoktoran secara separuh masa dan sepenuh masa melalui format penyelidikan dan kerja kursus. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial masih menggunakan Blok 1, Bangunan Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah sehinggalah bangunan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial siap pada jangkaan Jan 2002. Bangunan baru ini akan dilengkapkan dengan kemudahan moden seperti Bilik Pengajaran Mikro, Makmal-Makmal Komputer, Jimnasium dan Mini-auditorium.
 

Sejak penubuhannya, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial telah bertambah maju dari masa ke semasa dalam segala aspek. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial menawarkan segugusan program yang mencabar dan memberangsangkan dalam bidang pendidikan awal perguruan dan pengajian pascasiswazah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), program pengajian yang ditawarkan oleh Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial menitikberatkan pertimbangan tiga unsur:

  • Pendidikan yang memantapkan pembinaan insan sebagai individu yang sedar dan bertangungjawab terhadap Tuhan masyarakat dan alam.
  • Pendidikan yang selaras dengan Falsafah Universiti Malaysia Sabah dan selaras dengan aspirasi negara.
  • Pendidikan yang meningkatkan perkembangan keintelektualan serta sumbangan khidmat terhadap umat manusia.

Hebahan

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial

Login



mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3
mod_vvisit_counterYesterday83
mod_vvisit_counterThis week412
mod_vvisit_counterLast week472
mod_vvisit_counterThis month1482
mod_vvisit_counterLast month2926
mod_vvisit_counterAll days27998